Thursday, July 23, 2009

puisi untukmu

semalam daku mendengar rintihan seorang kawan..... lalu ku titipkan satu puisi untuknya..

wahai insan yang memahami
fahamila hati manusia yang merintih
jangan biarkan hati ini terluka
jangan biarkan hati ini menderita
biarkan manusia-manusia lain itu tidak memahami
cukuplah hanya kamu..

akan ku harungi dunia
akan ku pertahankan rasa ini
tp aku hanya perlu engkau disisi menemani
dan,
sekiranya engkau tiada,
ketahuilah,
aku akan jatuh, luka dan berdarah...

kalaulah aku seorang puteri, akan ku ubati lukanya..akan ku rawat hatinya.. agar tidak terluka lagi. seorang insan yang setia tetapi dikhianati, sungguh menyakitkan. yang mampu dibuat hanyalah mendiamkan diri.. agar semua tidak terluka.. menjaga hati orang lain tetapi hati sendiri lebih daripada parah..

Wednesday, July 22, 2009

episod 1

kalau aku seorang puteri, ingin ku gapai awan dilangit. ingin ku seru namamu. biar satu dunia mendengarnya. biar alam semesta turut menjerit bersama.. fahamila hati ini, selamilah jiwa ini, betapa aku ingin bersamamu melayari lautan yang terbentang itu.

kalaulah aku seorang puteri, ingin ku luahkan segalanya kepadamu.. ingin ku katakan perkataan keramat itu.. tapi semua itu hanya mimpi semata-mata.. dan aku hanya mampu melihatmu dari jauh..jauh..dan jauh...
tahukah engkau, kadang-kadang tak semua perkara itu perlu dijelaskan.. tapi mengapa itu jua sukar untuk memahami??

Tuesday, July 21, 2009

salahkah bermimpi menjadi seorang puteri??

impian menjadi seorang puteri.. memang susah..kadang-kadang untuk menjadi sempurna seperti puteri-puteri kayangan, perlukan banyak impian yang kadang-kadang tak mampu untuk diimpikan seorang rakyat biasa. alangkah indahnya menjadi puteri itu.
bila ingin terbang membelah awan, keinginan tercapai.
bila ingin memetik bebintang yang bergemerlapan, impian tertunai.
sungguh! beruntungnya menjadi seorang puteri....